Tuesday, May 17, 2016

Malaysia: Seramai 1,041 Banduan Tunggu Hukuman Mati (BenarNews)

See related post:- MALAYSIA - 1,041 on Death Row - Government Undecided on Abolition of Death Penalty

In the BenarNews report, in Bahasa Malaysia, Charles Hector on behalf of ADPAN, also of MADPET, reiterated that the death penalty need to be abolished, and the sentence of those on death row need to be commuted to imprisonment.  He also said that the mandatory death penalty need to abolished, and discretion must be returned to judges when it comes to sentencing. Also stated that the number on death row in Malaysia is very high, and even in the US, the numbers are around 2,000 plus. The BenarNews report follows...

 

Malaysia: Seramai 1,041 Banduan Tunggu Hukuman Mati

Hata Wahari
2016-05-17 - Kuala Lumpur
 
160517-my-death-penalty-620
Tiga lelaki yang bersaudara warga Mexico, seorang warga Singapura manakala seorang lagi rakyat tempatan, yang sedang berdepan dengan hukuman mati kerana mengedar dadah, tiba di bangunan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa kes mereka didengar mahkamah itu, 8 Februari 2012.
AFP 
 
Malaysia pada Selasa berkata seramai 1,041 banduan sedang menghadapi hukuman mati di negara itu, dengan tiada keputusan dari kerajaan sama ada hukuman berkenaan akan dimansuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang Nancy Shukri di persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata, statistik daripada Jabatan Penjara Malaysia sehingga 16 Mei mendapati jumlah itu melibatkan kesalahan membunuh, pengedaran dadah, senjata api dan penculikan.

“Tiada sebarang keputusan dibuat berhubung cadangan memansuhkan hukuman mati mandatori itu sehingga kini kerana Pejabat Peguam Negara masih menjalankan pelbagai skop kajian secara terperinci yang melibatkan mengenai perundangan, dasar dan keberkesanannya,” kata beliau menjawab soalan bertulis ahli Parlimen Bukti Gelugor, dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Ramkarpal Singh pada Selasa.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini hukuman mati belum dijalankan memandangkan kes-kes tersebut masih menunggu rayuan di mahkamah dan lembaga pengampunan di negeri masing-masing.

November lepas, Nancy berkata, kerajaan bercadang mengemukakan Rang Undang-Undang untuk menghapuskan hukuman mati mandatori ke atas beberapa jenayah berat terutamanya berkaitan kesalahan dadah dan pemilikan senjata api di persidangan Dewan Rakyat penggal ini

Beliau berkata, kerajaan berminat untuk menghapuskan hukuman mati mandatori seperti yang telah dibuat di negara lain dan perbincangan dengan wakil dari beberapa negara juga telah diadakan.

"Saya sudah berbincang dengan Peguam Negara dan beliau begitu menyokong dan saya sedar ia agak sukar untuk Malaysia...tetapi saya berharap ia dapat dilakukan dengan segera," kata Nancy seperti dilaporkan agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada November lepas.

Media tempatan Malaysia pada Mei tahun lepas, melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Zulkifli Omar sebagai berkata, lebih 51,000 banduan berada di beberapa penjara di seluruh Malaysia.

‘Penjara seumur hidup’

Charles Hector dari Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN) yang memperjuangkan penghapusan hukuman mati mandatori memberitahu BeritaBenar bahawa hukuman itu perlu dimansuhkan dan semua banduan yang menghadapi hukuman mati itu, sepatutnya diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup.

“Hukuman mati mandatori yang telah ditetapkan dalam undang-undang menyebabkan hakim-hakim di Malaysia tidak mempunyai piihan tetapi terpaksa memutuskan atau menjatuhkan hukuman mati.

Charles turut memberi contoh bahawa Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai lebih 200 juta [terkini - 320 juta] penduduk tetapi hanya mempunyai 2,000 orang yang menunggu hukuman mati.

“Tetapi di Malaysia yang hanya mempunyai penduduk 27 juta orang, jumlah yang menanti hukuman mati adalah lebih 1,000 orang dan ini amat memeranjatkan,” katanya.

‘Parlimen perlu tentukan’

Manakala, pakar undang-undang Profesor Dr Abdul  Aziz Bari  yang kini berkhidmat di Universiti  Selangor (UNISEL) dalam reaksinya kepada BeritaBenar menegaskan bahawa persoalan sama ada hukuman mati mandatori perlu dihapuskan hanya boleh disuarakan di Parlimen kerana ia merupakan dewan tertinggi yang meluluskan semua undang-undang Malaysia.

“Ia adalah ketetapan yang telah dinyatakan oleh perlembagaan yang meletakkan kuasa jenayah di tangan parlimen dan soal menggantikan hukuman itu kepada hukuman penjara seumur hidup juga perlu diputuskan oleh Parlimen,’’ katanya kepada BeritaBenar pada Selasa.

“Apakah hukuman mati perlu dikekalkan ialah soal politik dan falsafah, bukannya soal undang-undang, Ia ditentukan oleh anutan dan ideologi yang dominan dalam sesuatu masyarakat itu,” kata Aziz. - BenarNews, 17/5/2016

No comments: